Friday, February 23, 2007

LOVE LettEr tO my signifiCant otHEr <333

Kehadapan kekandaku yang dikasihi,

Sayang, dinda di sini ingin meluahkan rasa hati dinda terhadap kanda. Dinda masih di rumah dan sedang menanti waktu berbuka, malahan bosan kerana tiada sebarang agenda yang menarik hari ini. Lagipun adalah lebih afdal seandainya dinda duduk di rumah saja. Tapi di waktu petang yang tenang sebegini, dinda tidak dapat lari dari mengingati kanda.

Walaupun kita jarang ketemu, dan kanda sangat sibuk dan tak sempat meluangkan masa untuk dinda, dinda faham situasi yang melanda kita berdua. Namun dinda sangat merindui kanda dan dinda sering teringatkan kanda di kala dinda keseorangan. Dinda mahu kanda tahu yang dinda sentiasa merindui kanda. Itu saja dari dinda tika ini. Dinda hanya mahu meluahkan rasa rindu dinda yang teramat sangat namun dinda masih bersabar menanti kanda di sini.

Apabila dinda teringatkan kanda, dinda pasti akan pelok bear2 kesayangan kanda itu. Walaupun masih tidak sama dengan kehadiran kanda di sisi, namun itu jua cukuplah sekadar pengubat rindu. Dinda di sini baik-baik saja. Moga-moga kanda jagalah kesihatan kanda dan ingat2lah dinda di sini ya.


wanna hug *HUGS*
Honey.
xoxox.

No comments: